Wednesday, April 13, 2011

Memori Tercipta DI SINI !!

Terpanggil aku utk berkongsi kegembiraan yg telah aku lalui sepanjang 4 hari 3 malam bermula 17 mac-20 mac 2011 bersama adik2 Kompleks Darul Kifayah menyertai Kem Kecemerlangan & Sahsiah di Kuala Kubu Baru tempoh hari. Penyertaan aku utk pertama kali menjadi fasilitator begitu membuat kan aku berasa gementar. kami juga telah ditugaskan menjadi urus setia utk mengendali kan semua aktiviti2 di sana.
Kira-kira pukul 3 petang, aku bersama seorang sahabat yg turut serta dalam program ini telah bersiap-siap utk bertolak dr Kuala Lumpur ke Kuala Kubu Baru.
Perjalanan yg begitu jauh dan lama membuatkan aku berasa letih sebelum tiba di destinasi yg hendak dituju. Kesesakkan di dlm train begitu terasa apabila aku terpaksa berdiri & berhimpit antara satu sama lain dgn org yg berada di situ. Pelbagai halangan & kekangan yg terpaksa aku tempuh sepanjang perjalanan aku ke sana. Dr rumah ke LRT Masjid Jamek. Dr LRT Masjid Jamek kemudian ke KL Central. Dr KL Central ke Rawang. Dan yg terakhir dr Rawang ke Kuala Kubu Baru. Perjalanan yg telah memakan masa hampir 4 jam di dlm train dan di dlm bas.. (Fuhhh!! Letih sungguh.. huhu )


Akhirnya… aku selamat tiba di stesyen terakhir train ini iaitu Stesyen Kuala Kubu Baru pd pukul 7.30 mlm. Ketibaan aku & sahabat dijemput oleh salah seorang ketua fasi (abg hafiz) utk di bawa masuk ke kem tersebut. Kami di hantar ke bilik urus setia utk menginap di situ. Kelihatan tiada siapa di dlm bilik kerana fasi2 yg lain sedang bersolat jemaah bersama2 peserta. Kehadiran kami agak sedikit lewat dr biasa. =(
Kami hanya solat di dlm bilik sambil menanti kepulangan fasi2 wanita lain pulang ke bilik. Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke bilik dan sesi suai kenal antara kami bermula di situ. Kami di khabarkan seramai 8 orang fasi wanita dan 6 org fasi lelaki (termasuk ketua fasi) diketuai oleh abg khairul & abg hafiz.

Keesokkan hari yg juga merupakan hari pertama kami di sana, kami dikenal kan dgn peserta2 iaitu adik2 Kompleks Darul Kifayah yg telah digabungkan dr 3 buah sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur utk program kali ini. Sebelum itu, pd waktu pg utk subuh, aku & sorang sahabat telah mengambil tugasan mengejutkan adik2 bangun solat berjemaah dan mendengar tazkirah subuh oleh salah seorang fasi lelaki iaitu shahiran. Bermacam-macam gaya dpt dilihat sewaktu tazkirah dimulakan. Ada yg dh mula bersandar di dinding, terbaring sujud di sejadah, berselimut dgn telekung(bg peserta wanita) dan pelbagai lg gaya bebas yg mereka lakukan utk sambung tido. Menahan gelak kami melihatnya. Keadaan serupa setiap kali mereka dikejutkan utk solat subuh sepanjang 4 hari di sana. =)

Sememangnya banyak aktiviti yg telah kami rancang dan aturkan utk mereka sepanjang program ini berlangsung.. Ia termasuk lah aktiviti indoor & outdoor. 4 hari 3 mlm akn di isi dgn sebaik yg mgkin agr objektif yg di inginkn dlm program ini akan terlaksana @ tercapai & berjalan dgn lancar.

Antara aktiviti outdoor yg akn kami jalankan termasuk lah Monster Step, Buta Pedoman, Laser@korban, Mess@ Periuk api, Big apple, Amanah, Berakit, Jungle Tracking, Burung Hantu & yg terakhir Membina Menara Harapan. Setiap aktiviti@games ini membawa misi yg tersendiri. Pelbagai strategi dpt dilihat dr mereka utk melepasi setiap halangan & rintangan yg ada dlm permainan tersebut. Apa yg penting??!! KERJASAMA!! Itulah yg ingin kita wujudkan apabila mereka bekerja dlm kumpulan @ pasukan.




Untuk aktiviti Jungle Tracking, Mereka di bawa masuk ke dlm hutan @ perkampungan Orang Asli utk melihat sendiri tumbuh-tumbuhan ciptaan Tuhan yg penuh dgn kehijauan yg telah memberikan ketenangan sepanjang perjalanan kami di sana sambil mengenali & mempelajari teknik2 utk “survive” apabila berada di dlm hutan. Sebelum pulang, mereka sempat di beri peluang utk bermandi manda di sungai yg berhampiran di situ. Kelihatan gembira mereka bermain air bersama sahabat2 mereka yg lain.

Untuk aktiviti Burung Hantu, mereka diarah kan utk membawa sehelai tudung(bg peserta perempuan) & sehelai kain pelekat (bg peserta lelaki) utk menutup mata mereka sebelum aktiviti di mula kan. Setiap fasi memain kan peranan utk membawa mereka semua berjalan di sekitar kawasan itu dgn peserta menutup mata dan berpegangan pinggang antara satu sama lain.



Untuk aktiviti membina menara harapan, mereka hendak lah menggunakan paip PVC dan tali yg telah di sediakan utk membina setinggi mana menara yg boleh. Menara yg paling tinggi yg telah berjaya mereka naik kan adalah dgn menggunakan sebanyak 8 batang paip PVC dan 16 utas tali yg telah diikat kan pd paip tersebut.





Antara aktiviti indoor pula, mereka dibawa masuk ke dlm dewan, di mana di situ mereka akan diberi ceramah & akn diuji tahap mental mereka. Setiap kali sebelum memulakan aktiviti indoor, mereka dikehendaki utk menyanyi kan 3 buah lagu yg wajib iaitu Atas Nama Cinta(UNIC), Bersama(Devotees) & Aku Ingin MencintaiMU(Ecdustic). Ketiga2 buah lagu ini menjadi makna & memberi kesan di akhir pertemuan mereka bersama kami sehingga ada yg menitis kan air mata sewaktu dipeluk oleh kami semasa menyanyikan lagu ini.



Untuk hari terakhir mereka di sana, kami sempat membuat kejutan utk peserta2 yg menyambut hari lahir pd bulan itu. Kejutan dibuat dgn menyatakan bahawa akan ada pelajar yg akn disingkirkan @ dibuang keluar dr Kompleks Darul Kifayah utk selama2nya.. kedengaran tangisan yg begitu kuat membuatkan keadaan di dlm dewan itu semakin rancak utk kami mengumumkan siapakah gerangan pelajar yg dimaksudkan itu. Walaupun ada diantara mereka yg bole kami kata kan agk sosial, & nakal tp utk akhir program itu mereka saling berpegangan tangan seolah2 mempertahankan sahabat2 nya dr ditarik keluar dr DK.

Tibalah masa yg ditunggu2.. Hari penutupan Kem Kecemerlangan & Sahsiah akn disempurnakan di akhir kami berkampung di sini. Keadaan sedih mula terasa apabila melihat riak wajah mereka yg tdk henti2 melinangkan air mata tanda tdk sanggup utk berpisah.. Namun adat bertemu pasti akn berpisah. Selepas sesi bergambar & ber autograf, mereka disuruh mengambil barang masing2 utk di bawa masuk ke dlm bas. Ada yg tdk mahu mengangkat barang2 mereka kerana tdk mahu pulang. Tp setelah dipujuk, dinasihati, mereka akur dgn perpisahan ini. Selamat mereka berada di dlm bas utk bertolak pulang. Hanya lambaian & “flying kiss” yg mampu kami berikan diakhir pertemuan itu yg mgkin mengiringi perjalanan mereka pulang ke sana.





ALHAMDULILLAH…..
Selesai tugasan aku sebagai seorang fasilitator utk adik2 Darul Kifayah selama 4 hari 3 malam di Kem Kuala Kubu Baru..
Sememangnya MEMORI TERCIPTA DI SINI!!..

No comments:

Post a Comment