Monday, April 30, 2012

Kerana ''diam'' itu lebih bermakna

Diam,
itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terusik oleh nafsu.

Diam,

itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam,

adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,

adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhoan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,

adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.

Aku tidak marah,aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku,terkadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku.Ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tahu.Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku.bila ada siraman Redhonya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada kenyataan yang lebih baik dari- Nya..jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam,biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.

2 comments: