Friday, June 15, 2012

~ "7" CaRa BeRSaHabAt KeRaNa ALLAH ~

Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui, tetapi berapa ramai daripada rakan kita yang sanggup menemani dan membantu di saat kita menghadapi kesusahan dan berhadapan masalah. Pasti tak ramai bukan? Sejujurnya bukan senang mencari SAHABAT SEJATI...

ALLAH Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam surah az-Zukhuf ayat 67, yang bermaksud: "Pada hari itu sahabat2 karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan TaQwa (Iman & SoLeh)..."

Justeru, kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan-rakan kita dan berharap mereka juga benar-benar jujur dan ikhLas untuk berkawan dengan kita. Berikut ada beberapa tips sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:

♥ ~ Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya." [HR Abu Daud]

♥ ~ Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata, "Bagimu juga akan mendapat seumpamanya." [HR Muslim]

♥ ~ Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."
[HR Muslim]

♥ ~ Segera bersalaman ketika bertemu.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap dua orang Islam yang bejumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."
[HR Abu Daud]

♥ ~ Sentiasa menziarahi sahabat kita.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda mafhumnya: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

♥ ~ Memberi Hadiah

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."
[HR Thabrani]

♥ ~ Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."

Waalhua'lam..

♥ Rugilah kalau Tak Punya Sahabat ♥

Bismillahirrahmaanirrahiim....

''Sesungguhnya Orang-orang yang Beriman dan Beramal Soleh, Kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (Hati) mereka Rasa Kasih Sayang".
(QS. Maryam : 96).

Periksalah kembali persahabatan yang pernah kita jalinkan..

Apakah masih terbentang di sana?!

Atau kita telah melupakannya jauh sebelum ini?!

Bekerja keras dan meniti kerjaya bukan bererti memisahkan kita dari persahabatan..

Tetapi kebanyakan sahabat kita selalu berfikiran seperti itu..

Beberapa Orang mengatakan bahwa menjadi Pemimpin itu berteman sepi, selalu mengerjakan apapun sendiri..

Memang pohon yang menjulang tinggi berdiri sendiri. Perdu yang rendah tumbuh bersemak-semak. Demikianlah Hidup yang ingin kita Jalani, bukan ??

Jangan musnah kan kerjaya dengan kehidupan..

Persahabatan merupakan sebahagian dari hidup kita..

Binalah persahabatan, kita akan merasa betapa kayanya hidup kita...

Berkongsi kesedihan pada sahabat, mengurangi beban fikiran dan permasalahan hidup, berkongsi kebahagiaan dan meperkukuh kebahagiaan pada Sahabat...

Orang bijak berkata :
"Sahabat adalah satu jiwa dalam tubuh yang berbeza".

Dan sahabat terdekat kita adalah Keluarga kita.

Barangkali, itulah mengapa bersahabat meringankan beban kita. Kerana di dalam persahabatan tidak ada "Perhitungan".

Di sana kita belajar menghindari hal-hal yang kita sepakati. Itulah mengapa persahabatan adalah "Kekuatan".

" Manusia yang Paling Lemah adalah Orang yang Tidak Mampu Mencari Teman. Namun yang Lebih Lemah dari itu Ialah Orang yang Mendapatkan banyak Teman tapi Menyia-nyiakannya".


(Khalifah Sayyidina Ali bin Abi Thalib radiyyallahu anhu).



Akhir kalam.. Cari lah teman atau sahabat atau kawan yang apabila kita berkawan dan mendekatinya akan mengingatkan kita kpd ALLAH S.W.T.. insyaAllah..
 Waalhua'lam..