Wednesday, August 15, 2012

~ Bila umur semakin meningkat ~


Bila umur semakin meningkat
ALLAH hadiahkan lebih banyak pengalaman
pengajaran, erti kehidupan
saat ditanya dahulu mengapa demikian
kini aku hanya lafazkan rasa syukur
kerana pemberian ALLAH
walau seketika dalam kesedihan
disebalik tabirnya penuh hikmat yang tersemat

bila umur semakin meningkat
aku belajar dengan umur bertambah seribu tanggungjawab untuk dijawab
dihadapanNya kelak
terasa setiap hari belajar perasaan baru
setiap hari belajar menangani rencah baru
setiap hari mengajar aku menjadi hambaNya yang akur

bila umur semakin meningkat
ke kiri ke kanan kau akan sedari akhirnya semua kembali kepada ALLAH
rasa susah berkerja, mengadu pada Nya
rasa penat menjaga keluarga, kembali pada Nya
rasa resah menanti takdir, mengadu pada Nya
di akhir cerita kau sedari
hanyalah seorang musafir yang berjalan atas aturan Ilahi

bila umur semakin meningkat
terasa dunia amat cepat meninggalkan
sehari-hari berpenat mencari sesuap makan
terasa kudrat dicarik-carik
terasa waktu dicuri diambil diragut
sayang sekali...setiap detik waktu tidak diniatkan ibadah untuk Ilahi

kerana bila umur semakin meningkat
ajal menanti menunggu waktu datang menjemput
penat lelah di dunia tidak akan kau angkut bersama
yang dibawa penat lelah yang kau niatkan untuk imbalan ke syurga
maka jangan bagi waktu berlalu terlalu sayang
kalau nanti meninggalkan dunia tiada bekalan untuk menemani ke sirat
setiap hari ambillah sesaat
duduk merenung hari-hari yang penat
tanyakan pada diri '' Apa yg aku dh perbuat?? ''

padaNya kembali seribu rasa syukur
masih Kau hidupkan aku untuk menghirup rasa nikmat dan ujian
Alhamdulillah.

Kita ini
mati bila tidak diketahui
rasa diuji hari ini hanya secubit asam garam duniawi
rasa gembira, itu juga hanya secubit dari kisah diri
hidup takkan pernah sempurna untuk gembira
supaya tidak lupa akhirat lebih indah
supaya dalam banyak ketika kita kembali ingat Allah yang Esa.

Thank You ALLAH For everything :)

Tuesday, August 7, 2012

~ Jangan membeci Wanita ~


Wanita dan Tulang Rusuk Lelaki

Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, 

pastilah Adam akan merasa sakit keluarnya Hawa dari rusuknya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh sebab itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia MEMANG diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.. 

Jangan sesekali membenci wanita itu dek kerana kamu pernah dikecewakan olehnya.. Dek kerana kamu benci akan sikapnya.. Jangan pernah berkata perempuan agak menyusahkan dan kadang2 memberi satu tekanan ! Ingat lah ibumu juga wanita.. kamu juga dilahirkan dirahim suci seorang ibu yg bergelar wanita agr kamu bisa melihat dunia.. Jangan terlalu ego wahai kaum Adam.. Tekanan itu dtg adalah sebagai suatu ujian dimana kamu sedang dinilai oleh Penciptamu utk menghadapinya.. Sungguhpun kami digolongkan wanita akhir zaman, engkau tetap menjadi pelindung, ketua dan apa jua yg telah Allah tetap kan atasmu terhadap kami.. Andai teruk kami, maka teruk jgk la kamu.. Andai baik kamu, maka baik jgk la kami.. 

Sayangi lah wanita.. kerana tercipta nya wanita dr rusuk lelaki.. Bukan dr kaki utk dialasi, bukan dr kepala utk dijunjung, tp dekat dibahu utk dilindung, dekat jua dihati utk dikasihi, dia lah wanita hiasan duniawi..

Akhir kalam, hayati lah bait2 lirik yg ada didalam lagu wanita ini..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Monday, August 6, 2012

~ Sesungguhnya.. Aku Cemburu Padamu ~



Aku cemburu padamu yang selalu khusyuk dalam setiap sujud panjangmu..
Aku cemburu padamu yang selalu meluangkan waktu untuk menghisab dirimu..
Aku cemburu padamu yang tak letih menghayati setiap bacaan Al'quranmu..
Aku cemburu padamu yang setiap malam membasahi sajadahmu..
Aku cemburu padamu yang tak kenal lelah dalam berjuang..

Aku cemburu padamu yang selalu sungguh-sungguh dalam setiap amanahmu..
Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga lisanmu..
Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga matamu..
Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga hatimu..
Aku cemburu padamu yang selalu bersahaja dalam keseharianmu..
Aku cemburu padamu yang selalu tersenyum disaat susah dan senangmu..
Aku cemburu padamu yang tak pernah berubah saat kau dipuji ataupun dicaci..
Aku cemburu padamu yang hafal Al'quran dan bersikap seperti diajarkan dalam Al'quran.

Aku cemburu padamu yang cinta akhirat namun tak melupakan duniamu..
Aku cemburu padamu yang mencintai orang tuamu melebihi dirimu sendiri..
Aku cemburu padamu yang selalu bermanfaat bagi orang lain..

Aku cemburu….
Benar-benar cemburu….
Tapi aku hairan,,kenapa kamu selalu cemburu kepadaku?
Aku ingin sepertimu,,namun kamu ingin sepertiku...

Tapi ingatlah...
Ini bukan hal yang negatif...
Jika kita berpikir positif,,maka ini adalah hal yang positif

Semoga kita saling MEMOTIVASI...
Saling CEMBURU untuk merebut perhatian pemilik CINTA ini...
Mudah-mudahan kita memperoleh CINTA itu...

~ Kepadamu Wanita agar dikau bahagia ~

Thursday, August 2, 2012

Coretan buat ayah |Saya nak jadi anak yg Solehah|


'' Engkau semakin dewasa berjiwa merdeka.. Sedang dia semakin tua, membilang usia.. ''

Ayah.. 
Maaf kan diriku kerana masih lg tdk mampu utk menjadi ank yg Soleh / Solehah. TAPI ayh.. Diriku akan cuba.. Mencuba utk melakukan yg terBAIK buatmu.. 

Ayah..
Maaf kan diriku yg sentiasa mengeluh dgn ujian.. Diri ini terlupa.. Sebenarnya Ia dtg membawa pelbagai hikmah yg diriku tdk sedar dan belajar daripadanya.. 

Ayah..
Sewaktu dulu, dirimu ligat bekerja..
Memandu lori, mencari besi.. semua kerja dirmu harungi..
Panas..hujan..siang..malam..
Tdk dirmu hirau erti penat diri..
Dikau cekal kan hati.. Mencari rezeki buat kami..

Ayah..
Sewaktu dulu, diriku pernah mengikutmu bekerja..
Bersama ada di dalam sebuah  lori..
Mengumpul besi-besi..
Semuanya telah menjadi satu memori

Ayah..
Sungguh.. Tiada siapa yg tahu bila Allah akn menjemput setiap hamba-hambaNya pergi..
Walaupun saat ini dirimu sedang bertarung dengan kesakitan..
Percayalah sbnrnya Dia telah menyediakan suatu ganjaran yg terbaik buat dirimu kelak..
Ajal maut yg dtg tiada siapa dapat tahu.. tiada siapa yg dpt hindari dan tiada siapa yg terkecuali..
Mungkin anakmu yg akn pergi dulu sebelum mu.. Hanya Tuhan yg tahu.. T_T

Ayah..
Saat dirimu sedang bertarung dgn kesakitan dunia..
Diriku cuba utk mencari dan menjadi penawar pd setiap kesakitan yg dirimu sedang rasai..
Diriku rindu akan kegembiraan yg selalu dirimu ciptakan buat kami..
Tika dahulu.. Apabila diriku sedih, dirimu akn memujuk ku utk tersenyum..
Dirmu cuba memenuhi kemahuanku.. Semata-mata utk menghiburkan hati kecilku..

Ayah..
Kini.. Tiba masanya utk diriku mengembalikan dan membalas semua yg telah dirimu perlakukan pd ku..
Namun.. diriku silap.. Sama sekali tdk berdaya utk mengembirakan mu sepertimana dirimu telah mengembirakan ku pd suatu masa dahulu..

Ayah..
Disaat engkau sedang lena tidur,
Sebenarnya hatimu menangis.. 
Tidurmu yg penuh dgn kesakitan..
Melihatkan banyak wayar-wayar tersusun rapi ditubuhmu,
Diriku yakin, dirimu sedang menderita..
Dirimu sedang tersiksa.. 
Bertahan lah ayah T_T

Ayah..
Ketahui lah.. Saat itu, diriku ada disismu..
Menemani setiap nafas yg dirimu hembuskan..
Hembusan yg bergantung pd mesin..
Ya ayh.. Mesin jantung yg membantu ayh utk terus bernafas..
Mesin yg sentiasa berbunyi dan terus berbunyi..
Diriku tdk boleh tidur.. Diriku tdk mahu tidur..
Kerana dirku bimbang, diriku takut..
Disaat diriku sedang lena nanti, mesin yg sedang berbunyi itu akan berhenti berbunyi..
Adakah dirku akan tersedar dr mendengarinya?? Tentu sekali tidak..
Kerana itu ayah dirku tdk ingin melelapkan mata dr menjagamu.. 
Disaat itu, sekali lg Hanya Tuhan yg tahu..
Airmata tdk mampu utk menitis.. Namun  hatiku tdk berhenti menangis..

Ayah..
Aku tetap terus berdoa..
Meskipun dirimu tdk mengetahui.. Dirimu sentiasa dihati..
Diriku bersyukur ayah.. Diriku masih mampu lg utk bertahan..
Allah hanya  mengambil nikmat kesihatanmu, bukan mengambilmu daripadaku..
Syukur atas kesempatan ini ya Allah..

Ayah..
Kerana dirimu boleh.. Kerana dirimu kuat.. Kerana dirimu sabar..
Dia telah memberikannya kpdmu..
Memberi kesakitan yg bisa menjadi penawar bg setiap dosa..
Sungguh bertuah dirimu..

Ayah..
Diriku sedar.. Besar sebenarnya tanggungjawab yg akan dirku galas selepas ini..
Walaupun pd mulanya diriku agak lemah utk melaluinya..
Namun, kekuatan itu harus ku genggam..
Segenggam tabah sentiasa menjadi bekalan diperjalananku..

''Sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambanya andai hambanya tdk mampu utk tanggung''

Ayah..
Iringi lah doamu untuk ku..
Agar diriku bisa menjadi anakmu yg soleh / solehah..
Yg bisa sentiasa mendoakan mu disepanjang hayatmu..
Yg bisa mendoakan mu apabila diriku terpisah darimu..

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa ANAK-ANAK YANG SOLEH / SOLEHAH.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Ayah..
Maafkan anakmu..
Doa kan diriku selalu..
Sesungguhnya ayah..
Diriku... amat menyayangimu..

| Hargailah mereka selagi mereka masih ada |

Wednesday, July 25, 2012

BILA INI SUJUD TERAKHIRKU


Ya Allah..
Dalam sujud terakhirku,
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya,
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku,biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi..
Dalam sujud terakhirku,
Ku menangis sejadi-jadinya,
Biar kering air mata ini..
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman..
Dalam sujud terakhirku,
Kulihat semua dosa yang membayangiku..
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama_Mu dan kekuasaan_Mu..
Peliharalah diri dan hatiku,
Agar ia mampu membesar dengan baik..
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim..
Dalam sujud terakhirku,
Biarkan daku patah dalam cahaya_Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan_Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan_Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada_Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada_Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus_Mu..

Ya Allah,
Hanya kepada_Mu lah terletaknya harapanku,,
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi..
Hanya untuk menyebut nama_Mu dan kekasih_Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada_Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin.


Friday, July 20, 2012


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”


(Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).




Sunday, July 15, 2012

♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...

"Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT..."