Tuesday, August 7, 2012

~ Jangan membeci Wanita ~


Wanita dan Tulang Rusuk Lelaki

Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, 

pastilah Adam akan merasa sakit keluarnya Hawa dari rusuknya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh sebab itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia MEMANG diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.. 

Jangan sesekali membenci wanita itu dek kerana kamu pernah dikecewakan olehnya.. Dek kerana kamu benci akan sikapnya.. Jangan pernah berkata perempuan agak menyusahkan dan kadang2 memberi satu tekanan ! Ingat lah ibumu juga wanita.. kamu juga dilahirkan dirahim suci seorang ibu yg bergelar wanita agr kamu bisa melihat dunia.. Jangan terlalu ego wahai kaum Adam.. Tekanan itu dtg adalah sebagai suatu ujian dimana kamu sedang dinilai oleh Penciptamu utk menghadapinya.. Sungguhpun kami digolongkan wanita akhir zaman, engkau tetap menjadi pelindung, ketua dan apa jua yg telah Allah tetap kan atasmu terhadap kami.. Andai teruk kami, maka teruk jgk la kamu.. Andai baik kamu, maka baik jgk la kami.. 

Sayangi lah wanita.. kerana tercipta nya wanita dr rusuk lelaki.. Bukan dr kaki utk dialasi, bukan dr kepala utk dijunjung, tp dekat dibahu utk dilindung, dekat jua dihati utk dikasihi, dia lah wanita hiasan duniawi..

Akhir kalam, hayati lah bait2 lirik yg ada didalam lagu wanita ini..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


No comments:

Post a Comment