Wednesday, August 15, 2012

~ Bila umur semakin meningkat ~


Bila umur semakin meningkat
ALLAH hadiahkan lebih banyak pengalaman
pengajaran, erti kehidupan
saat ditanya dahulu mengapa demikian
kini aku hanya lafazkan rasa syukur
kerana pemberian ALLAH
walau seketika dalam kesedihan
disebalik tabirnya penuh hikmat yang tersemat

bila umur semakin meningkat
aku belajar dengan umur bertambah seribu tanggungjawab untuk dijawab
dihadapanNya kelak
terasa setiap hari belajar perasaan baru
setiap hari belajar menangani rencah baru
setiap hari mengajar aku menjadi hambaNya yang akur

bila umur semakin meningkat
ke kiri ke kanan kau akan sedari akhirnya semua kembali kepada ALLAH
rasa susah berkerja, mengadu pada Nya
rasa penat menjaga keluarga, kembali pada Nya
rasa resah menanti takdir, mengadu pada Nya
di akhir cerita kau sedari
hanyalah seorang musafir yang berjalan atas aturan Ilahi

bila umur semakin meningkat
terasa dunia amat cepat meninggalkan
sehari-hari berpenat mencari sesuap makan
terasa kudrat dicarik-carik
terasa waktu dicuri diambil diragut
sayang sekali...setiap detik waktu tidak diniatkan ibadah untuk Ilahi

kerana bila umur semakin meningkat
ajal menanti menunggu waktu datang menjemput
penat lelah di dunia tidak akan kau angkut bersama
yang dibawa penat lelah yang kau niatkan untuk imbalan ke syurga
maka jangan bagi waktu berlalu terlalu sayang
kalau nanti meninggalkan dunia tiada bekalan untuk menemani ke sirat
setiap hari ambillah sesaat
duduk merenung hari-hari yang penat
tanyakan pada diri '' Apa yg aku dh perbuat?? ''

padaNya kembali seribu rasa syukur
masih Kau hidupkan aku untuk menghirup rasa nikmat dan ujian
Alhamdulillah.

Kita ini
mati bila tidak diketahui
rasa diuji hari ini hanya secubit asam garam duniawi
rasa gembira, itu juga hanya secubit dari kisah diri
hidup takkan pernah sempurna untuk gembira
supaya tidak lupa akhirat lebih indah
supaya dalam banyak ketika kita kembali ingat Allah yang Esa.

Thank You ALLAH For everything :)