Sunday, June 17, 2012

~ Seindah Mawar berduri ~



Satu kisah seorang wanita bersama mawar berduri.. 

      Ada seorang perempuan ni yg sangat suka kecantikkan dan keharuman bunga mawar.. Setiap hari dia akan mengunjungi kedai bunga hanya untuk melihat bunga mawar kesukaannya.. Satu hari ia terfikir "alangkah indahnya kalau bunga2 mawar itu ditanam dalam bilik ku.. Supaya kecantikkan bunga yg aku gemar itu adalah milik aku sahaja bukan dengan menumpang kepunyaan orang lain.." lalu ia pun membelinya dan cuba menanam sepokok bunga mawar, dia nampaknya bersungguh2 utk melakukannya.. Mcm2 persiapan telah disediakan seperti baja, setiap hari dia menyiram pokok bunga tersebut kalau perlu dibaja dia baja..

Pendek kata dia memang menjaga dengan teliti sampaikan jika ada rumput2 kecil yg tumbuh di tepi2 itu dia akan cabut.. Satu hari dia terlihat duri2 kecil mula memenuhi di batang pokok bunga mawar tersebut, lalu ia berkata sendirian "mengapa mesti ada duri yg hodoh ni pada pokok bunga yg cantik ni?"..lalu ia pun berfikir bila bunga itu besar nanti mesti tangannya akan terluka dan disakiti dek kerana duri2 kecil itu..selepas pada itu, dia pun tidak lagi menyiram pokok bunga tersebut.. Semakin hari semakin layu pokok bunga itu akhirnya kering menyembah bumi..


Kehidupan kita pada hakikatnya seperti tadi, terdapat keindahan dan kesusahan pada permulaan langkah untuk berjaya lebih2 lagi pada ketika kita hampir kepada keberhasilannya..setelah kita bersusah payah sampailah ke tahap skrg perlukah kita berhenti setengah jalan begitu sahaja? berusahalah dan terus berusaha insha Allah kejayaan akan menjadi milik kita.. Samalah juga kita ibaratkan duri 2 adalah ujian dlm hidup kita, jika Allah uji kita dengan perselisihan fhm dengan teman kita, apa saje bentuk ujian pun.. Kita perlulah bersabar, walaupun hati kita terluka cubalah bersabar..Allah uji kita ikut kadar yg ditentukan, kalau kita sabar dlm memperoleh mawar2 itu kita akan mengabaikan duri2 kecil yg dianggap menganggu kita bahkan kita akan memikirkan bagaimana mahu menangani duri2 itu.. Jangan sampai kerana sedikit ujian itu lalu kita lemah utk mendapatkan sesuatu yg indah..





~ Muslimah sejati ~




Muslimah sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap. 


Muslimah sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al – Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al – Qur’an tersebut. 

Muslimah sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.

Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.

Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya. 

Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman – teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.

Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud

Seorang muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari Kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.





~ Cara-Cara Menutup Aurat Dengan Sempurna ~



Cara-cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam.

Dalam surah An-Nisa' ayat 34, Allah SWT berfirman :

" Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. "

Sepotong ayat dari surah Al-A'raf ayat 26 Allah SWT berfirman :

" Hai keturunan anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian dan perhiasan. Dan pakaian taqwa itu adalah yang paling baik. "

MUKA dan LEHER

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. "
a) Bersolek (make-up)
b) Menurut Miqtil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

DADA

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka. "

WANGIAN

" Siapa sahaja wanita yang memakai bau wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka perempuan itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina. " [ Riwayat Nasa'i , Ibn Khuzaimah dan Hibban ]

KAKI ( Tumit Kaki )

" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. " [ An-Nur : 31 ]
a) Menampakkan kaki
b) Menghayunkan atau melenggokkan mengikut hentakkan kaki

Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??

" Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. " [ An-Nur : 31 ]

Kenapa wanita Islam wajib menutup aurat ?

Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

" Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. "


Bahagian mana yang boleh diperlihatkan ?

Rasulullah s.a.w telah bersabda :

" Bahawa anak perempuan bila sudah cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua telapak tangannya hingga pergelangan. " [ H.R. Abu Daud ]

MUKA dan TANGAN

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali tangan dan wajahnya sahaja. " [ Riwayat Muslim dan Bukhari ]



~ Mencari Cinta Agung ~


Menjadikan Allah sebagai “Cinta Agung” adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan akhirat. Roh semula jadi manusia ingin menyayangi dan disayangi, ingin mengasihi dan dikasihi serta ingin mencintai dan dicintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad selama insan semata tetapi meliputi semua makhluk. Sayang pula diberi hanya sesama manusia tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara ‘sayang’ dengan ‘kasih sayang’. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Allah.

Mencintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung. Kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita meninggal, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.

Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada insan lain atau cinta insan lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya atau sebab-sebab yang pelbagai.

Oleh itu, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai atau dicintai oleh manusia walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak abadi. Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cinta Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Insya Allah..



~ SETELAH DIBANGKITKAN DARI KUBUR ~


Allah l berfirman:

Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka ke luar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka.

Mereka berkata: “Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?” Inilah yang dijanjikan (Dzat) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul (Nya).

Tidak adalah teriakan itu selain sekali teriakan saja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami. Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikitpun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.” (Yasin: 51-54)

“Maka biarkanlah mereka tenggelam (dalam kebatilan) dan bermain-main sampai mereka menjumpai hari yang diancamkan kepada mereka, (yaitu) pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera kepada berhala-berhala (sewaktu di dunia), dalam keadaan mereka menekurkan pandangannya (serta) diliputi kehinaan. Itulah hari yang dahulunya diancamkan kepada mereka.” (Al-Ma’arij: 42-44)

“Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat. (Yaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya, itulah hari keluar (dari kubur). Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, serta hanya kepada Kami-lah tempat kembali (semua makhluk).” (Qaf: 41-43)

Dalam hadits Abdullah bin ‘Amr c yang telah lalu, Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda:

ثُمَّ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَلَا يَسْمَعُهُ أَحَدٌ إِلَّا أَصْغَى لِيتًا وَرَفَعَ لِيتًا ثم لا يبقى أحد إلا صَعِقَ ثُمَّ يُنْزِلُ اللهُ مَطَرًا كَأَنَّهُ الطَّلُّ أَوْ الظِّلُّ -شَكَّ الرَّاوِي- فَتَنْبُتُ مِنْهُ أَجْسَادُ النَّاسِ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ، ثُمَّ يُقَالُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، هَلُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ

“Kemudian Allah l menurunkan hujan seperti gerimis atau naungan –perawi ragu–, maka tumbuhlah jasad-jasad manusia karenanya. Lalu ditiuplah sangkakala untuk kali berikutnya, tiba-tiba mereka bangkit dari kuburnya dalam keadaan menanti (apa yang akan terjadi). Kemudian dikatakan kepada mereka: ‘Wahai sekalian manusia! Kemarilah kalian semua menuju Rabb kalian’.” (HR. Muslim)

Setelah ditiupnya sangkakala dengan tiupan yang membangkitkan (nafkhatul ba’tsi), mereka bangkit dari alam kubur (alam barzakh), untuk menghadap Allah l dalam rangka mempertanggungjawabkan amalan-amalan mereka ketika hidup di dunia.

Tulang yang tidak akan hancur
Manusia akan tumbuh dari tulang yang sangat kecil yang terletak di bagian bawah tulang sulbi (tulang ekor), setelah turunnya hujan pada hari kiamat. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu alaihi wa salam:

ثُمَّ يُنْزِلُ اللهُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيَنْبُتُونَ كَمَا يَنْبُتُ الْبَقْلُ، لَيْسَ مِنَ الْإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الْخَلْقُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kemudian Allah menurunkan air hujan dari langit. Lalu (jasad-jasad) mereka akan tumbuh seperti tumbuhnya sayuran. Jasad manusia akan hancur kecuali satu tulang yaitu ‘ajbu adz-dzanab. Dari tulang itulah manusia akan tumbuh kembali pada hari kiamat.”

Al-Imam An-Nawawi t berkata: “Ajbu adz-dzanab adalah tulang yang sangat kecil, terletak di bagian bawah tulang ekor dan dia adalah ujungnya. Tulang itulah yang pertama kali tercipta dari anak keturunan Adam q, dan yang akan tetap ada (tidak hancur) sehingga dia dibangkitkan darinya.” (Syarh Shahih Muslim, 9/292)

Manusia dibangkitkan telanjang, tanpa alas kaki, tidak dikhitan
Seluruh umat manusia, termasuk para nabi dan rasul dibangkitkan kemudian digiring menghadap Allah l di padang mahsyar dalam keadaan telanjang, tanpa alas kaki dan tidak dikhitan. Keadaan yang menunjukkan bahwa manusia itu fakir, miskin dan lemah di hadapan Allah l, Rabbul alamin.

Dari Ibnu Abbas c, dia berkata:
قَامَ فِينَا رَسُولُ اللهِ n بِمَوْعِظَةٍ، فَقَالَ: إِنَّكُمْ مَحْشُورُونَ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا {كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ} وَأَوَّلُ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيمُ

Rasulullah n memberi nasihat kepada kami, beliau berkata: “Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya kalian akan digiring menghadap Allah l pada hari kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan tidak dikhitan (sebagaimana firman Allah):

‘Sebagaimana Kami telah menciptakannya, demikian pula Kami mengembalikannya, sebagai janji atas Kami. Sesungguhnya Kami akan benar-benar melakukannya.’ (Al-Anbiya: 104)

Ketahuilah, makhluk yang pertama kali akan dikaruniai pakaian pada hari kiamat adalah Ibrahim q.” (Muttafaqun ‘alaih)
Karena dahsyat dan mencekamnya keadaan waktu itu, kaum lelaki tidak peduli terhadap kaum wanita dan sebaliknya. Ummul Mukminin Aisyah x bertanya kepada Rasulullah n:
يَا رَسُولَ اللهِ، الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ؟ فَقَالَ: الْأَمْرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يُهِمَّهُمْ ذَاكِ

“Wahai Rasullullah, apakah para lelaki dan wanita sebagiannya akan melihat sebagian yang lain?” Beliau n menjawab: “Urusan (pada hari itu) lebih dahsyat daripada mereka memerhatikan hal tersebut.” (Muttafaqun ‘alaih)

Keadaan orang-orang kafir setelah dibangkitkan
Bagi orang-orang kafir, hari kiamat adalah hari yang sangat menyulitkan, disebabkan kekafiran dan kesyirikan mereka di dunia. Sebagaimana firman Allah l tentang mereka:

(Ingatlah) hari (ketika) seorang penyeru (malaikat) menyeru kepada sesuatu yang tidak menyenangkan (hari pembalasan), sambil menundukkan pandangan-pandangan mereka keluar dari kuburan seakan-akan mereka belalang yang beterbangan, mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu. Orang-orang kafir berkata: “Ini adalah hari yang berat.” (Al-Qamar: 6-8)

“Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya.” (Al-Isra’: 97)

Allah l Mahakuasa melakukan apapun yang Dia kehendaki. Dari Anas bin Malik z:
أَنَّ رَجُلًا قَالَ: يَا نَبِيَّ اللهِ، كَيْفَ يُحْشَرُ الْكَافِرُ عَلَى وَجْهِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ؟ قَالَ: أَلَيْسَ الَّذِي أَمْشَاهُ عَلَى الرِّجْلَيْنِ فِي الدُّنْيَا قَادِرًا عَلَى أَنْ يُمْشِيَهُ عَلَى وَجْهِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ؟ -قَالَ قَتَادَةُ: بَلَى وَعِزَّةِ رَبِّنَا

Seseorang bertanya: “Wahai Nabi, bagaimana orang kafir bisa digiring (menuju mahsyar) dalam keadaan diseret di atas wajahnya?” Beliau n menyatakan: “Bukankah Dzat yang menjadikan dia bisa berjalan di atas kedua kakinya ketika hidup di dunia, Dia juga Mahakuasa untuk menjadikannya berjalan di atas wajahnya pada hari kiamat?” –Qatadah (perawi hadits ini dari Anas z) berkata: “Tentu, demi Keperkasaan Rabb kami.”

(Muttafaqun ‘alaih)



~ ''Rumah kesepian & keseorangan '' ~


Pada satu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong. Lalu baginda bersabda yang bermaksud :

“Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian.”

“Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, ‘aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing.”

“Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, ‘marhaban wa ahlan’ (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu.”

Sambung Nabi lagi ;

“Maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke Syurga..”

“Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir, maka kubur berkata kepadanya, ‘la marhaban wa la ahlan’ (yakni tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya).’ Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini. Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu.”

Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya, “Maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya hingga bertemu rapatlah segala tulang belulangnya.”

Rasulullah mengepal jari-jarinya lalu menyambung, ” Dihantarkan kepadanya tujuh puluh ular besar lagi berbisa, jika seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apa pun. Selama mana baki dunia ini, maka selama itulah dia akan dibelit dan dipagut ular-ular itu hinggalah tiba hari perhitungan (Yaumul Hisab).”

Nabi s.a.w bersabda lagi maksudnya :

“Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka.”

(Hadis Riwayat Abu Sa’id Al-Khudri r.a)



Nasihat Kubur Kepada Manusia
•✿ Aku adalah tempat paling
gelap..maka terangilah aku dengan
Tahajud
•✿ Aku adalah tempat paling
sempit..maka luaskanlah aku dengan
bersilaturrahim
•✿ Aku adalah tempat yg paling
sepi..maka ramaikanlah aku dengan
perbanyak baca Al Qur'an
•✿ Aku adalah tempatnya binatang2 yg
menjijikan..maka racunilah ia dengan
amal sedekah
•✿ Aku adalah tempat munkar dan nakir
bertanya.. Maka persiapkanlah
jawapanmu dengan perbanyak
mengucap kalimat LAILAHAILLALLAH




~ 6 perkara Allah sembunyikan ~


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail a.s memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail a.s berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiga nya, atau seperempat nya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.



~ AMAR MAK'RUF NAHI MUNGKAR ~


Sahabat saudaraku Fillah yang dikasihi Allah SWT,
Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kita kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana suatu hari tiba suatu saat di mana kemaksiatan , kemungkaran tersebar di mana-mana dan tidak ada suruhan kepada kebaikan serta tidak ada yang mencegahnya dari berbuat kemungkaran, maka akan ditimpakan kepada kita wabak penyakit, malapetaka, musibah-musibah kerana meninggalkan keta'atan kepada Allah SWT.

Apabila berlaku keadan seperti itu, setelah kita berdoa kepada Allah SWT dengan menyebut-nyebut nama-Nya, namun DIA tidak menerima doa kita dan kita memohon kepada-Nya untuk menghilangkan bencana itu namun DIA tidak mengabulkan doa kita dan kita memohon pertolongan Allah SWT dari musuh-musuh kita serta apa yang menimpa kita, namun DIA tidak menolong kita.

Dari Umar bin Abdul Aziz berkata : ‘Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang awam kerana dosa-dosanya orang-orang tertentu tetapi kerana perbuatan dosa itu bermaharajalela dan terang-terangan tetapi tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman. ( Allah s.w.t. seratakan hukuman dan balasan terhadap orang yang melakukan dosa dan maksiat atau penderhakaan terhadap Allah s.w.t. juga kepada yang tidak melakukan dosa turut sama terkena hukuman kerana tiada yang mencegah perbuatan dosa atau maksiat atau penderhakaan terhadap Allah s.w.t. yang berleluasa)’.

Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nuh a.s. : ‘Aku akan membinasakan dari kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan dan enam puluh ribu orang yang derhaka’. Nabi Yusya’ bertanya : ‘Ya Tuhan, orang-orang yang derhaka itu memang layak dibinasakan tetapi mengapakah orang-orang yang baik itu turut sama dibinasakan?’ Jawab Allah s.w.t. : ‘Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku Murka bahkan mereka makan dan minum bersama mereka yang derhaka itu’.

Allah SWT berfirman : “Dan hendaklah ada di antara segolongan kamu, umat yang menyeru kepada kebaikan, meyuruh kepada yang mak’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung”. (Qs Ali Imran ayat : 104)

(Luqman mensihati anaknya) : “ Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang mak’ruf dan cegahlah yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)”. (Qs Luqman ayat : 17)

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu adalah merupakan hal utama yang sangat berpengaruh di dalam Agama. Inilah kepentingan dan maksud perutusan Allah SWT akan para Nabi-Nabi kepada kita. Jika seandainya pekerjaan ini ditinggalkan serta mengabaikan ilmu dan amalannya, maka rosaklah risalah kenabian dan hilanglah Agama lalu tersebarlah kesesatan, meluaslah kejahilan, berlakulah kehancuran di mana-mana, hancurlah negeri-negeri, binasalah hamba-hamba dan mereka tidak merasakan kebinasaan yang sebenarnya kecuali pada hari berkumpulnya semua makhluk (pada hari Kiamat).

Maka sesungguhnya menyuruh kepada yang mak’ruf dan mencegah kepada yang mungkar memiliki kebaikan dan faedah di dalamnya. Di antaranya, kita akan masuk ke dalam golongan orang-orang yang memperolehi kemenangan dan kebaikan. Kita akan masuk ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Ini adalah dakwah yang mengandungi setiap kebajikan.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya. Jika ia tidak sanggup, maka hendaklah Ia mencegahnya dengan lisannya. Jika ia tidak sanggup maka ia mencegahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah Iman”. (H.R. Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda : ‘Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya. Dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya ‘.

Menyuruh kepada kebaikan ertinya bahawa meyuruh (selain dirimu) untuk bertauhid kepada Allah. Menta’ati-Nya dan mendekatkan diri kepada-Nya, berbuat baik kepada manusia dari apa yang patut dan sesuatu yang bermanfaat. Dan Mencegah dari kemungkaran bermaksud mencegah manusia dari kemaksiatan dan dari melakukan setiap yang dilarang Allah SWT dan perkara yang dicela-Nya.

♥ KATAKANLAH KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENGIKUT SETIA KEPADA RASUL (MUHAMMAD SAW) DARI MADINAH ♥