Wednesday, June 27, 2012

~ khas buatmu wahai "ADAM...." ~





Wahai Adam,

Maaf kan ku yg bergelar Hawa. 
Maaf kan ku andai kehadiran ini menganggu hidupmu. 
Aku akur, Allah telah menciptakan ku sebagai seorang wanita. 
Yg mempunyai kecantikan, kelembutan dan keistimewaan yg bisa melunturkan IMANmu. 
Andai dirimu lemah, pasti kau akan rebah. 


Bukan niatku untuk mempesonakan mu dgn kesempurnaan itu. 
Namun fitrah membuat kan aku ingin mengenalimu, mendekatimu. 
Aku bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan ku. 
Aku bersyukur kerana Allah telah menghantar rasa itu untukmu. 


Dirimu penuh dengan kesederhanaan. 
Namun mempunyai jiwa yg kental. 
Dirimu tidak ingin meneruskan. 
Kerana dirimu tahu ajal maut, jodoh pertemuan tidak dapat untuk disangkal. 


Dirimu begitu jujur. 
Pegangan prinsip mu terpaksa aku akur. 


Wahai Adam, 
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. 
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua ku. 
Jika kau benar, maka benarlah aku. 
Jika kau lalai, maka lalailah aku. 


Wahai Adam, 
kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. 
Akal mu sembilan,nafsu mu satu. 
Akal ku satu,nafsu ku beribu. 


Oleh itu, Adam, 
pimpinlah tangan ku kerana aku sering lalai dan leka, 
sering tergelincir ditolak nafsu. 


Wahai Adam, 
Aku impikan andai kau mengimami solat ku pada setiap waktu. 
Akan ku Aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku. 
Lebih aku impi andai kau bangunkan aku bertahajud bersama mu, 
agar nanti diberkati hidup ku. 
Kenalkan aku pada majlis-majlis ilmu. 


Wahai Adam, 
Ajarilah aku Yasin dan al-Quran. 
Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam jumaat 
penuh keinsafan. 
Khabarkan pada ku tentang fardhu-fardhu yang patut aku lakukan. 
Bimbinglah aku dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar. 


Wahai Adam, 
Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah. 
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. 
Selimutlah aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. 


Wahai Adam, 
Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh dengan mu setiap waktu. 
Tolonglah aku agar aku tidak beku. 
Bantulah aku agar otak ku tidak buntu. 
Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak sekali aku mampu. 



Wahai Adam, 
Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah. 
Tarbiyah lah aku agar kelak aku calon srikandi solehah. 
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. 
Hindarkan aku dari mengusung sifat mazmumah. 
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, 
setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah,
sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah, 
sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, 
seikhlas dan semurni hati Halimas Sa'adiah, dan 
segagah serta seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi 
darah membela Khalifah Allah. 
Seindah hiasan adalah wanita solehah. 

Moga akhirnya kita disatukan didalam syurga Al-Jannah.