Sunday, June 17, 2012

~ Seindah Mawar berduri ~



Satu kisah seorang wanita bersama mawar berduri.. 

      Ada seorang perempuan ni yg sangat suka kecantikkan dan keharuman bunga mawar.. Setiap hari dia akan mengunjungi kedai bunga hanya untuk melihat bunga mawar kesukaannya.. Satu hari ia terfikir "alangkah indahnya kalau bunga2 mawar itu ditanam dalam bilik ku.. Supaya kecantikkan bunga yg aku gemar itu adalah milik aku sahaja bukan dengan menumpang kepunyaan orang lain.." lalu ia pun membelinya dan cuba menanam sepokok bunga mawar, dia nampaknya bersungguh2 utk melakukannya.. Mcm2 persiapan telah disediakan seperti baja, setiap hari dia menyiram pokok bunga tersebut kalau perlu dibaja dia baja..

Pendek kata dia memang menjaga dengan teliti sampaikan jika ada rumput2 kecil yg tumbuh di tepi2 itu dia akan cabut.. Satu hari dia terlihat duri2 kecil mula memenuhi di batang pokok bunga mawar tersebut, lalu ia berkata sendirian "mengapa mesti ada duri yg hodoh ni pada pokok bunga yg cantik ni?"..lalu ia pun berfikir bila bunga itu besar nanti mesti tangannya akan terluka dan disakiti dek kerana duri2 kecil itu..selepas pada itu, dia pun tidak lagi menyiram pokok bunga tersebut.. Semakin hari semakin layu pokok bunga itu akhirnya kering menyembah bumi..


Kehidupan kita pada hakikatnya seperti tadi, terdapat keindahan dan kesusahan pada permulaan langkah untuk berjaya lebih2 lagi pada ketika kita hampir kepada keberhasilannya..setelah kita bersusah payah sampailah ke tahap skrg perlukah kita berhenti setengah jalan begitu sahaja? berusahalah dan terus berusaha insha Allah kejayaan akan menjadi milik kita.. Samalah juga kita ibaratkan duri 2 adalah ujian dlm hidup kita, jika Allah uji kita dengan perselisihan fhm dengan teman kita, apa saje bentuk ujian pun.. Kita perlulah bersabar, walaupun hati kita terluka cubalah bersabar..Allah uji kita ikut kadar yg ditentukan, kalau kita sabar dlm memperoleh mawar2 itu kita akan mengabaikan duri2 kecil yg dianggap menganggu kita bahkan kita akan memikirkan bagaimana mahu menangani duri2 itu.. Jangan sampai kerana sedikit ujian itu lalu kita lemah utk mendapatkan sesuatu yg indah..





No comments:

Post a Comment