Wednesday, April 13, 2011

Ikhlas Dalam Beramal..

Kata pepatah.. Manusia itu rambut sama hitam tp hati lain-lain
Memang benar kata-kata ini
Kerana manusia banyak keinginannya
Ada yg berbuat sesuatu kerana mgharapkan imbuhan
berbentuk wang ringgit atau puji-pujian


Dan ada yg melakukan sesuatu perkara baik
tetapi lebih selesa org lain tdk mengetahuinya
Inilah insan yg dipanggil “ikhlas dlm amalannya”
Segala-gala yg dilakukannya hanya kerana ALLAH
Sebagaimana firman –NYA yg bermaksud


“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kpdmu dan kpd(nabi-nabi)yg sebelum mu
Jika kamu mempersekutukan(Tuhan)
Nescaya akan hapuslah amalan mu dan
Tentulah kamu termasuk orang-orang yg rugi
Kerana itu, maka hendak lah Allah sahaja kamu sembah
Dan hendak lah kamu termasuk orang-orang yg bersyukur..”
(Az-Zumar : 65-66)


Sifat riak dan munafik ini juga sering di ingat kan oleh Rasulullah S.A.W
Kpd umatnya sepertimana hadis yg bermaksud

“Barangsiapa beramal kerana ingin dilihat orang
maka Allah akan membuka aibnya(pd hari kiamat) kerana nya
Dan barangsiapa beramal kerana sum’ah(ingin didengar oleh org lain)
Nescaya Allah akn menunjukkan sum’ah nya itu (kpd manusia)
-Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim-

No comments:

Post a Comment