Saturday, June 16, 2012

~ Berteman tangisan ~




Wahai kakakku...
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu Asyik berteman tangisan dan sendu sahaja

Wahai adikku...
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya Tetapi di situlah wahai adikku
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki Menjadi ‘izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki

Duhai adikku...
Lembut wanita bukan lemah Tetapi senjata

Namun wahai kakakku...
Wanita itu fitnah dunia

Pernahkah adikku dengar...
Pesanan Ilahi pada hambaNYA?

‘Wahai lelaki2 yang beriman Tundukkanlah pandanganmu & tutupkanlah auratmu’
Pada siapakah dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar ar-rijal Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak akan mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya
& tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita Agar memelihara auratnya
Kerana di situlah kehormatannya Bukan fitnah semata2
Jikalau ar rijal & an nisa sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu Lebih baik dari ribuan lalaki yang soleh

Tetapi kakakku...
Kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu

Wahai adikku sayang...
Al Haya’ (sifat malu) Ada dalam diri setiap insan Wujudnya seiring dengan nafas insani
& al haya’ itulah pakaian iman Pada diri wanita itu,indah al haya’ sebagai pembenteng diri Namun Bila mana al haya’ itu lebur Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid Merasakan diri belum cukup menarik Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku...
Wanita solehah itu pasti melindungi diri meraka Dari perbuatan murahan itu
1001 keindahan penciptaan wanita Pandai2lah engkau menilai
Antara permata & debu2 kilauan pasir

Wahai adikku...
Janganlah adik gusar Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
& janganlah engkau sekali2 merendahkan diirmu Menggugurkan diri
..menyembah tanah.. Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu..

No comments:

Post a Comment