Wednesday, July 25, 2012

BILA INI SUJUD TERAKHIRKU


Ya Allah..
Dalam sujud terakhirku,
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya,
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku,biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi..
Dalam sujud terakhirku,
Ku menangis sejadi-jadinya,
Biar kering air mata ini..
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman..
Dalam sujud terakhirku,
Kulihat semua dosa yang membayangiku..
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama_Mu dan kekuasaan_Mu..
Peliharalah diri dan hatiku,
Agar ia mampu membesar dengan baik..
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim..
Dalam sujud terakhirku,
Biarkan daku patah dalam cahaya_Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan_Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan_Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada_Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada_Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus_Mu..

Ya Allah,
Hanya kepada_Mu lah terletaknya harapanku,,
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi..
Hanya untuk menyebut nama_Mu dan kekasih_Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada_Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin.


Friday, July 20, 2012


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”


(Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).




Sunday, July 15, 2012

♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...

"Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT..."



Wednesday, July 11, 2012

~ Bukan Milik ku ~



"Cinta amat mahal takrif nya, itulah yg difitrahkan oleh ALLAH SWT kpd
hmbanya. Cinta hnya tertulis pda perkataan tp gagal di lihat pd zahirnya krana cinta itu suatu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran d'dalamnya.. Walaupun cinta tdk dpt diungkap dgn kata, namun hati sentiasa berbicara.. Cinta tdk kn dtg kalau tdk dicari,cinta juga tdk kn dpt law tiada siapa yg memberi, ttapi m'cari biarlh pda yg sudi, bukannya meminta pd yg simpati.."


SubhanAllah.. 
Teringat aku akan ayat ini.. '' bila org kejar kita, kita lari, bila kita kejar org, org 2 pula lari.. Maksudnya, bila ada org suka kat kita tp kita tak suka kat dia dan bila kita suka kat org, org 2 tak tahu la suka kat kita ke tak.. Lebih kurang mcm 2 la maksudnya.. hee

Memg aku akui, byk pendapat yg aku dgr, byk pendapat yg aku baca.. "Cintailah org yg mencintai kamu kerana itulah yg akn membuatmu bahagia''..
 Seumpama penantian yg tiada kepastian.. Diluahkan lebih baik dr disimpan.. Mgkin tidak yakin andai luahan itu bisa membuahkan kejayaan ataupun sebaliknya.. Tapi itu adalah yg terbaik.. Dari menyimpan rasa terlalu lama, lebih baik kecewa di waktu skrg..

''Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkan lah hatinya dgn hatiku.. Jika dia bukan milikku, damaikan lah hatiku dgn ketentuanMu..'' 

InsyaAllah.. Aku akn REDHA.. Aku akn cuba Ya Allah.. Cuba utk meREDHAhkan sesuatu yg sebenarnya bukan milikku ~